ETIKA KESIHATAN DAN PERPADUAN

    PENGENALAN KESIHATAN DAN PERPADUAN


Definisi kesihatan: Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal , mental , dan sosial dan tidak hanya seketika ketiadaan sakit 

Definisi perpaduan: Perpaduan bermaksud penyatuan oleh sesebuah masyarakat atau kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama manusia berlainan kaum , bangsa dan agama

kesihatan dan perpaduan rakyat penting dalam membangunkan sebuah negara yang harmoni dan menuju ke arah negara yang maju . Pembangunan negara yang dirancang juga berjalan dengan baik . Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bersatu dan teguh apabila kesihatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang bersatu dan teguh apabila kesihatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang bersatu padu serta berupaya menjamin  kesejahteraan semua lapisan masyarakat . Kesejahteraan yang lebih baik juga akan meningkatkan kemajuan rakyat .


OBJEKTIF KESIHATAN DAN PERPADUAN
- Memupuk kesedaran mengenai amalan hidup sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia 
- Meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan rakyat Malaysia
- Memupuk sikap positif dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kesihatan

ISI DAN HURAIAN TENTANG KESIHATAN DAN PERPADUAN 
- Sentiasa melakukan aktiviti senaman demi menjaga kesihatan dan pada masa yang sama dapat memupuk perpaduan. Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali dan secara terancang yang bertujuan
untuk meningkatkan atau mengekalkan kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan danpengeluaran tenaga yang banyak.Kebanyakkan orang melakukan senaman pada waktu pagi dan waktu petang.Antara senaman yang biasanya orang lakukan ialah berjoging sama ada di sekitar Kawasan perumahan ataupun di taman-taman yang berhampiran.Banyak faedah apabila melakukan aktiviti senaman,antaranya ialah
dapat menghindari dari penyakit yang berbahaya seperti sakit jantung dan obesiti.selain itu,bersenam juga dapat memupuk perpaduan antara kaum contohnya,mengajak jiran cina ataupun india untuk melakukan aktiviti senaman Bersama-sama.Boleh meluangkan masa dengan berkongsi cerita dan pendapat masing-masing Ketika bersenam.Dan secara tidak langsung dapat menjalin kemesraan dan keselesaan antara satu sama lain. Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik iaitu tidak terlalu gemuk atau kurus. Penampilan diri akan lebih menarik kerana badan yang langsing akan memudahkan pergerakan kita. Oleh itu, kita akan lebih berkeyakinan
apabila berhadapan dengan masyarakat.Bersenam juga merupakan terapi minda kerana dapat menghirup udara yang segar semasa melakukan aktiviti bersenam di luar. Perpaduan adalah hubungan erat atau bersifat toleransi
yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat Bersama.Kesimpulannya,rakyat Malaysia mestilah melakukan aktiviti bersenam ini kerana aktiviti ini mempunyai pelbagai faedah yang dapat diperolehi contohnya tubuh badan yang sihat.”Badan cergas minda cerdas”.


KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA PERPADUAN ANTARA RAKYAT.



1) KEHARMONIAN NEGARA AKAN TERJEJAS



    Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya kesepaduan di kalangan rakyat. Kerjasama yang baik antara rakyat sangat dititikberatkan di dalam proses memberikan rawatan yang terbaik kepada rakyat. Contohnya, sepanjang berlakunya penularan wabak COVID-19 ini , rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama dengan pihak atasan untuk berkerjasama memutuskan rangkaian wabak tersebut. Ini sekaligus menyebabkan peningkatan kes dan kematian pesakit dari semasa ke semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja pada pihak atasan malah terhadap kita juga. Sehubungan itu, keharmonian negara juga tergugat dan memberikan impak negatif yang agak besar kepada kesejahteraan rakyat dan negara.


2) WUJUDNYA MASYARAKAT YANG TIDAK BERMORAL , BERTOLAK ANSUR DAN BERETIKA



   Apabila adanya masyarakat yang tidak bermoral , bertolak ansur dan beretika ini dapat menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham antara kaum. Sebagai contoh, rakyat yang tidak memberi komitmen yang baik kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendermakan darah kepada pesakit yang memerlukan. Ini kerana kurangnya sensitiviti dalam diri sesetangah rakyat terhadap pesakit yang betul-betul memerlukan. Lebih-lebih lagi, stok darah di dalam tabung darah negara kini tidak mencukupi bagi menampung bekalan darah yang diperlukan oleh setiap pesakit yang berada di hospital mengikut jenis-jenis darah yang diingini. Malahan pula, terdapatnya sesetengah sifat rakyat yang memilih kasih dalam mendermakan darah akan melambatkan lagi proses membaik pulih kesihatan pesakit tersebut. Dengan itu, tahap kesihatan akan terganggu dan kurangnya kesepaduan dalam kalangan rakyat


3) WUJUD SIKAP MEMENTINGKAN DIRI DALAM MASYARAKAT


     Sering kali kita dapati terdapatnya segolongan masyarakat yang sanggup menggadai prinsip politik, ekonomi, keadilan dan prokemanusiaan demi kepentingan diri. Contohnya,sesetengah rakyat yang tidak memberi kerjasama yang baik untuk mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa berlakunya wabak virus jangkitan COVID-19. Sebagai contoh, rakyat lebih suka mengikut kehendak mereka untuk keluar sesuka hati dan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengambil berat tahap kesihatan orang lain. Hal ini diperkatakan demikian kerana kita akan mempropagandakan lagi keadaan sekaligus meningkatkan bilangan kes COVID-19 tersebut melalui sentuhan dan jarak yang rapat apabila bertemu kawan atau sebagainya.



4) KESTABILAN EKONOMI NEGARA TERJEJAS

    Sistem kesihatan dalam negara turut berfungsi bagi menstabilkan ekonomi negara. Namun begitu, apabila wujudnya masalah kesihatan seperti penularan wabak COVID-19, maka ini turut menjejaskan lagi kestabilan ekonomi negara. Seiring dengan pengumuman yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri bermula pada 18 Mac 2020, sudah pasti ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada sistem ekonomi negara. Contoh dapat yang kita lihat, berlaku peningkatan bilangan pengganguran, pegurusan peniagaan yang tidak mendatangkan banyak keuntungan dan anak- anak muda yang berhasrat untuk menyambung pelajaran juga terbantut . Oleh itu, kestabilan ekonomi negara adalah sangat penting serta memainkan peranan yang besar dari aspek kesihatan bagi membentuk perpaduan negara yang aman dan harmoni.


5) ASPEK SOSIAL


    Memang tidak dapat disangkal bahawa komunikasi dua hala yang baik antara masyarakat berbilang kaum merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Hal ini demikian kerana tanpa komunikasi yang baik di antara rakyat dan kesepakatan komunikasi dapat menjejaskan kejayaan sesuatu program kesihatan seperti Bulan Sukan Negara dilaksanakan. Contohnya, di dalam sesebuah komuniti yang terdapat masyarakat yang berbilang kaum mempunyai komunikasi yang kurang baik sesama kaum akan mewujudkan jurang antara satu sama lain dan sekaligus menyukarkan kita untuk bersepadu ketika melakukan perancangan aktiviti sepanjang Bulan Sukan Negara. Selain itu, kesihatan sangat memerlukan komunikasi dua hala antara satu sama lain terutamanya ketika merawat , melawat dan melakukan pembedahan kepada pesakit.


KESIMPULAN:

Secara kesimpulannya,yang dapat kita huraikan adalah tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai
kepelbagaian kaum,budaya dan agama.Hal ini, jalinlah satu hubungan
perpaduan yang merupakan tonggak utama kepada kemajuan negara yang
kita kecapi sekarang.Tanpa adanya perpaduan,yang utuh,maka keharmonian
bermasyarakat tidak dapar dinikmati.Oleh itu,setiap rakyat mestilah
mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan nrgara
supaya negara sentiasa kekal aman dan harmoni.

Untuk kesihatan pula,kita sebagai rakyat Malaysiaperlulah berganding
bahu untuk mengekalkan dan mengamalkan amalan dan aktiviti yang
menyihatkan tubuh badan setiap rakyat.Selain itu,pengamalan makanan
yang sihat dan seimbang juga perlulah sentiasa diterapkan dalam diri kita
sebagai rakyat Malaysia supaya dapat mengelakkan diri kita daripada
sebarang penyakit berjangkit.Oleh itu,setiap rakyat perlulah tahu bertapa
pentingnya menjaga kesihatan diri supaya kadar penyakit berjangkit dapat
menurun dan dapat menjadikan rakyat dan negara bebas daripada penyakit
berjangkit.



Disediakan oleh :

Alifa Aisyah binti Awang Besar 14DPR22F1028
Nur Safi Liyana binti Mohd Fitri 14DPR22F1049


Comments